Pages

Thursday 27 October 2011

bismillahirrahmanirrahim....

03/11/2011

17 bahaya lidah adalah:


  1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
  3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
  5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
  7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  11. suka menghina orang lain.
  12. menyebarkan rahsia.
  13. berjanji lalu mendustai janji itu.
  14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  17. memuji yang melampau-lampau.

Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.


29/10/2011

Kamilah juara!!!

yahooo!!!...minggu yang paling sy0k untuk bulan oktober. tahniah diucapkan kepada skuad negeri sembilan (skuad rusa) kerana berjaya menjadi juara piala malaysia edisi 2011. pada malam yang sama, arsenal berjaya menumpaskan chelsea. memang tak jangkalahkan..huhuhu

Hoben Jang Hoben!!
                                               
The Gunners!!
                                                                         



sekadar selingan. hehe

28/10/2011

Projek: buek Video!!

assalamualaikum..

hahh! bertemu kembali. kali ini aku mahu ceritakan berkenaan bagaimana mahu membuat video (ek!..tah bantai jer).
sebenarnya ini adalah antara tugasan yang perlu aku lakukan selain mencipta bl0g yg cam best aku ni, paling tidak ada la juga benda aku nak ceritakan. ok lupakan!!, seperti biasa, sebelum melakukan apa-apa kita mesti ada perancangan. perancangan ini termasuklah pemilihan lagu, konsep apa yang mahu kita tampilkan dalam video tersebut dan macam-macam lagi.



software!

ok pertama kita mestilah ada software (bukan tapawer yang orang guna buat bungkus mkanan tu!).




kepada yg tak tahu apa tu software. dalam bahasa melayunya disebut perisian. ia terdiri daripada program-program yg membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu.



terdapat banyak sofware yang digunakan untuk penghasilan video ni. antaranya movie maker power director. aku gunakan power director kerana mudah (ramai cakap mudah, aku ikut jer).




lagu

lepas dah pilih lagu, fahamkan betul-betul. dah faham baru boleh bayangkan video pe kita buat nanti. aku pilih lagu menadah harapan oleh zaiton sameon (retro ckitlah). lagu nih memang retro gila era 70-80an kalau tak silap. sebelum pilih lagu nih ada pilih lebih dari 2 3 lagu. tapi tak tahu nak buat konsep apa. bila dengar jer lagu kak ton ni, aku terus terbayang iklan raya "surat seorang ibu".
hati daa riang sbb da ada bayangan nak buat video apa.

kreativiti

yang nih paling penting. nak buat video perlu ada daya kreativiti yang tinggi. dengan adanya daya kreativiti yang tinggi, lagu biasa pun boleh jadi melet0p!. kalau tak lagu power pun boleh jadi biasa.
dah ada semua bahan cam gambar, video utk latar belakang & lagu kena fikir pula bahagian penyuntingan.

rasanya cukup kot. yang lain tu b0leh fikir sendiri (xde idea da wei!). kat bawah nih antara bahan yang aku guna untuk video aku. zaiton sameon & surat dari ibu. layankan je. ok adi0s~

                                       

                                                     

27/10/2011

akhirnya!!!!.....

Assalamualaikum...

ni lah pemilik blog..

ap0 lak "akhirnya"??... (^_~)
~ s0bab ehh, dah bekurun ghas0 ehh kengkawan yang lain buek blog nih, tapi den x yo buek2...ni blog pertam0 & yang terakhir kot.ras0 cam nak pocah palo den pikir an nam0 dan apo nak cito lam blog nih..huh!..meh den cit0 cikit cam man0 den leh terj0bak lam duni0 blog nih..

cam nak pocah k0palo den!


pertam0
          Dah nam0 pun student ( nak Omputeh yo), dah t0ntu dapek tugasan an. den bahas0 tugasan tu ngan koj0 lah yo..mintak sgt kek pmbac0 sum0 paham hehe..sem nih den d0 mek subjek "pengurusan teknologi & penaksiran" 0leh en Aziz Yatim. dah nam0 pun k0jo, nak tak nak kon0 buek gak an..hehehe. 

klo nak berjaya kenalah rajin!!


kodu0
         bukan tak p0nah nak cub0 buek blog nih. dah cub0 banyak kali dah. maklumlah tuan blog nih rajin b0na nak membac0, jadi tak ad0 idea nak di taip an. buek yo delete balik. camtu yo lah. 0rang lain dah 4 5 post dah. di0 buleh lek yo laie, asyik d0k mempesbok jer manjang. "apo nak jadi ngan ko nih jang" (sedutan lirik lagu apo k0no eh jang). cam den k0ba an tadi, buek blog peh tu x jadi an..idea takdo. merapu yo manjang, dari nam0 email sampailah isi yang nak di post an. tu pun payah bona ko. bubuh yo laa nam0 "blog den" kan s0nang. nih tak, nak nam0 cam best yo sudah eh cam hampeh gak..haha

dapatkan album "apo kon0 eh jang" pastikan ori!!

k0tigo
          sampai tigo yo lah wei. l0tih nak naip haa..haha. akhir ehh (klo KL "akhirnya!!"), pad0 minggu ke lim0, time nih cuti depavali. dah alang-alang dapek cuti panjang apo laie beranganlah caik idea. skali "tup" dapek idea haa tu yang lahir blog nih. pada 27 0ktober 2011 telah lahirnya satu lagi blog bagi cawangan catalyst. 

begitulah serba sedikit pengenalan tentang blog sulung daripada sang lagenda. mendapat sumber inpirasi daripada blog arsenalaysia.blogspot.com dan rakan-rakan catalyst. maka dengan lahirnya blog ini, aku sudah bergerak setapak kehadapan lagi dengan kata lain sudah melakukan transfomasi diri. semoga aku akan terus mengorak langkah demi mencapai cita-cita yang sekian lamanya aku idamkan. 

mengapa memilih "SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI" sebagai tajuk blog?. sebab hidup ini adalah sebuah perjuangan. setiap perjuangan perlu disulami dengan semangat yang membara. (semangat lak ai).



harapan~ semoga rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang jenguk di blog ini dapat membantu serta memberi komen serta idea-idea bernas agar blog ini dapat memberi manfaat kepada semua. peace yooo!! (ac mizal) hak3

 ac mizal peace yeo!!..haha